Senarai Penuh Calon Bertanding Pemilihan Umno Diumum Rabu - Abdul Rauf - Semasa | mStar

Senarai Penuh Calon Bertanding Pemilihan Umno Diumum Rabu - Abdul Rauf

KUALA LUMPUR: Senarai penuh calon yang akan bertanding pada Pemilihan Umno 2013 bagi jawatan peringkat pusat akan diumum pada Rabu petang, kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh.

Beliau berkata sebarang keputusan berkaitan pembatalan atau penarikan diri turut akan diketahui pada sidang akhbar khas pada hari berkenaan.

"Tempoh bertenang akan tamat pada hari Selasa dan kami masih dalam proses menyenaraikan nama individu yang layak bertanding...pengumuman akan dibuat pada Rabu, pukul 4 petang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Pada proses pendaftaran calon Sabtu lepas, sebanyak 261 borang pencalonan pemilihan Umno 2013 bagi peringkat pusat diserah sehingga tamat tempoh penyerahan borang itu pada pukul 5 petang hari berkenaan.

Setelah proses pendaftaran calon itu selesai, tempoh bertenang selama 72 jam atau tiga hari diadakan bagi membolehkan Jawatankuasa Pemilihan menyemak kelayakan mereka yang ingin bertanding itu sebelum senarai calon diumumkan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain