suria

ROS Ulangi Nasihat Supaya DAP Adakan Pemilihan Semula

KUALA LUMPUR: Pendaftar Pertubuhan (ROS) berulang kali menasihatkan DAP supaya mengadakan pemilihan semula jawatankuasa kerja pusat (CEC) sejajar dengan kehendak perlembagaan parti, kata ketua pengarah Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman.

Dalam satu kenyataan pada Isnin beliau berkata terpulang kepada DAP untuk mengadakan Kongres Khas bagi mengendali urusan mereka.

"Saya percaya semua anggota DAP sedar bahawa pemilihan anggota jawatankuasa memerlukan Kongres Kebangsaan dan tempoh notis sewajarnya sebagaimana termaktub dalam perlembagaan parti," kata beliau.

Abdul Rahman berkata ROS berusaha menegakkan keadilan untuk semua anggota parti, dan tidak saja untuk jawatankuasanya.

"Sebagai pengawal selia, kami menjalankan tugas berasaskan Akta Persatuan dan bukan menganiaya mana-mana pertubuhan," kata beliau.

Pada 30 Julai, ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan baru CEC, dengan menyatakan ia tidak puashati dengan penjelasan "masalah teknikal" yang diberikan berikutan dakwaan berlaku maniplasi kertas undi melibatkan 547 perwakilan.

Pada 19 Ogos, setiausaha pengelola DAP Anthony Loke mendakwa bahawa lebih 500 perwakilan DAP telah mengemukakan surat kepada ibu pejabat parti, dengan menjelaskan bahawa mereka telah menerima notis untuk mesyuarat itu tetapi tidak dapat hadir pada pemilihan CEC parti.

DAP pada mulanya menentang arahan ROS itu tetapi akhirnya patuh dan bersetuju mengendalikan pemilihan baru. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain