suria

Penyandang Naib Presiden Umno Nafi Amal Politik Berpuak

Dari kiri, Shafie Afdal, Ahmad Zahid dan Hishammuddin masing-masing melihat borang untuk bertanding Naib Presiden Umno pada pemilihan Umno 2013. Ketiga-tiga mereka adalah penyandang jawatan tersebut. -foto THE STAR/Ibrahim Mohtar

KUALA LUMPUR: Ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden Umno menolak dakwaan kononnya mereka mengamalkan budaya politik berpuak bagi mengekalkan kedudukan masing-masing pada pemilihan parti Oktober ini.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya kerjasama antara mereka terjalin berdasarkan persefahaman yang dibentuk sejak menang ke jawatan itu pada pemilihan parti 2009.

"Kami mempunyai persefahaman sebab kami adalah penyandang," katanya pada sidang media selepas membuat tinjauan proses penyerahan borang pencalonan pemilihan Umno peringkat pusat di PWTC pada Sabtu.

Selain Ahmad Zahid, dua lagi penyandang yang akan mengekalkan kedudukan masing-masing ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Mengulas lanjut pada sidang media yang sama, Hishammuddin berkata, ketiga-tiga mereka dilihat seperti bergerak secara seiringan dalam menghadapi pemilihan kali ini disebabkan keselesaan yang wujud antara mereka.

"Kerjasama antara kami bukan terjalin atau dilakukan baru-baru ini. Kita bersama sebab kita selesa dan mempunyai persefahaman yang baik," katanya.

Sebelum ini dilaporkan jawatan Naib Presiden Umno bakal menghadapi saingan enam penjuru.

Turut mencuri tumpuan bagi jawatan berkenaan ialah pengesahan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir untuk turut sama merebut kedudukan tersebut.

Selain Mukhriz, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam juga menyatakan hasrat mereka akan bertanding jawatan tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain