suria

Misteri Ketiadaan Anak Chin Peng Pada Majlis Pengebumian Jadi Tanda Tanya

BANGKOK: Lebih daripada 100 orang berkumpul untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Chin Peng pada Isnin, namun tiada siapa mengetahui di mana kedua-dua anak mendiang berada.

Ketibaan dua orang lelaki misteri pada hari ketiga upacara sembahyang mayat pada malam Ahad menimbulkan tanda tanya dikalangan mereka yang hadir dikuil Wat That Thong , namun tiada siapa yang dapat mengesahkan identiti kedua-dua lelaki berkenaan.

Kedua-dua lelaki berkenaan tiba secara berasingan pada upacara sembahyang namun menimbulkan tanda tanya pihak penganjur menyediakan tempat khas kepada mereka di dewan sembahyang di mana keranda Chin Peng ditempatkan.

Para wartawan yang hadir juga tidak dibenarkan mengambil gambar kedua-dua lelaki tersebut, yang turut menghadiri sebelum bermulanya upacara pengebumian di kuil pada Isnin.

Chin Peng, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaysia (PKM) meninggal dunia usia 89 tahun pada 16 September lalu.

Mayat beliau dijangka dikebumikan pada pukul 5 petang (waktu Bangkok)

The Star turut bertanya dengan beberapa pemimpin kanan PKM mengenai identiti dua lelaki misteri berkenaan namun mereka memberi jawapan yang sebaliknya dengan memaklumkan mereka hanya 'kawan rapat atau 'saudara si mati'.

Mendiang Chin Peng mempunyai dua anak, seorang lelaki dan seorang perempuan.

Kedua-dua mereka dipercayai berusia dalam lingkungan 60an.

Penganjur majlis pengembumian tersebut, yang kebanyakannya terdiri daripada saudara mara dan bekas rakan-rakan PKM si mati kekal membisu terhadap identiti dua lelaki misteri tersebut serta di mana waris terdekat bekas pemimpin komunis berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain