suria

Khazanah Lebarkan Sayap Ke Amerika Syarikat

SAN FRANCISCO: Khazanah Nasional kini melebarkan sayapnya dengan pembukaan pejabat wilayah terbaru bagi negara-negara di Amerika Utara dan Selatan, Khazanah Americas Incorpoted (KAI) di sini, pada Ahad.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut hadir pada majlis perasmian tersebut berharap langkah berkenaan dapat menggalakkan lebih banyak perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

KAI merupakan pejabat wilayah ketiga milik Khazanah Nasional selepas Beijing dan Mumbai.

San Francisco dipilih sebagai hub utama bagi inovasi dan teknologi.

Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar berkata KAI akan memainkan peranan yang sangat besar sebagai penghubung antara Malaysia dengan hub utama inovasi dan teknologi di Amerika Syarikat.

Najib kemudiannya, menghadiri majlis makan malam bersama 300 rakyat Malaysia yang bekerja dan tinggal di bandar berkenaan.

Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan kekayaan negara dapat dikongsi secara saksama dengan semua orang.

"Ia sudah pasti bukan tugas yang mudah, namun kita telah berusha dengan bersungguh-sungguh dan ini terbukti dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat dicatatkan oleh negara," katanya.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Shabery Cheek dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain