suria

Keputusan Bantahan Awal Petisyen DUN Klias Rabu Ini

KOTA KINABALU: Mahkamah Pilihan Raya menangguhkan pendengaran petisyen calon Barisan Nasional (BN) Isnin Aliasnih bagi membatalkan kemenangan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Lajim Ukin di kerusi Dewan Undangan Negeri Klias pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Hakim Datuk Yew Jen Kee membuat keputusan itu selepas peguam Datuk Chau Chin Tang, yang mewakili Lajim, mengemukakan bantahan berhubung petisyen berkenaan.

Chau berkata Isnin atau peguamnya tidak memfailkan petisyen itu dan ini bercanggah dengan Perintah 9 serta 34 Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954 yang hanya membenarkan pempetisyen atau peguam yang dilantiknya memfailkan petisyen pilihan raya.

Yew kemudian menetapkan Rabu ini untuk memutuskan bantahan awal itu.

Pada prosiding hari Isnin, yang sepatutnya merupakan hari pertama pendengaran petisyen berkenaan, Isnin diwakili peguam Jaafar Esteban, Rizuan M Borhan dan Saiful Azian Mokhtar manakala Lajim turut diwakili peguam Datuk Lawrence Thien.

Pada PRU13, Lajim menang dengan majoriti 179 undi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain