suria

Keluarga Chin Peng Nafi Tipu Tarikh Mati

BANGKOK: Keluarga mendiang Chin Peng menafikan khabar angin yang mendakwa tarikh kematian bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu dimanipulasikan bagi menyamakan dengan sambutan Hari Malaysia.

Lee Suvit, 62, menegaskan bahawa Chin Peng disahkan mati pada 6.20 pagi di sebuah hospital di Bangkok pada 16 September.

Lee, yang dikenali sebagai anak saudara pemimpin komunis itu berkata, kakak kandungnya sendiri berada di sisi Chin Peng apabila dia menghembuskan nafas terakhir.

"Kami tidak berminat untuk menjawab penipuan dakwaan itu, tapi saya boleh katakan kepada anda dengan yakin bahawa pakcik saya (Chin Peng) meninggal dunia pada pagi 16 September," kata Lee kepada The Star di sini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain