suria

Gangguan Penerbangan AirAsia Akibat Taufan Usagi

PETALING JAYA: Beberapa penerbangan AirAsia ke China Selatan pada Isnin telah dibatalkan berikutan Taufan Usagi.

Dalam satu kenyataan, AirAsia berkata, beberapa penerbangan domestik juga terjejas kerana kelewatan dan pembatalan disebabkan taufan berkenaan.

Menurut kenyatan itu, penumpang yang terjejas dengan pembatalan penerbangan ini akan ditawarkan pilihan untuk terbang melalui penerbangan yang ada seterusnya.

Setiap tetamu yang terjejas akan dimaklumkan melalui akaun e-mel ahli berdaftar di laman web AirAsia, serta pemberitahuan pembatalan melalui SMS.

Ia turut menasihatkan penumpang untuk melayari www.airasia.com untuk memeriksa jadual penerbangan mereka sebelum memulakan perjalanan ke lapangan terbang bagi penerbangan yang terjejas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain