suria

Dakwaan Surendran Tidak Benar - Shahidan

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat N.Surendran bahawa pembangkang tidak diberi ruang mencukupi di Parlimen adalah tidak benar.

Beliau berkata kerajaan pada hari ini bersikap terbuka dan bersedia menerima apa jua cadangan termasuklah daripada pembangkang demi kepentingan rakyat.

"Saya sendiri agak terkejut dengan keterbukaan kerajaan pada sidang Parlimen dan pembangkang harus menggunakan peluang itu untuk membangkitkan sesuatu isu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Isnin.

Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau berkata pemimpin pembangkang turut dibenarkan menyuarakan pandangan mereka pada sesi perbahasan.

"Pada sesi perbahasan, kita dapat lihat beberapa Ahli Parlimen pembangkang bangun dan menyuarakan pandangan mereka," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata pembangkang tidak seharusnya bersangka buruk terhadap kerajaan bagi memastikan perjalanan sidang Parlimen berjalan lancar.

"Jika kita selalu bersangka buruk pada seseorang, sukar bagi kita menuju kepada perkara yang baik," tegasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain