suria

Charon Wardini Dilantik Pengarah Eksekutif Khazanah Yang Baharu

Charon Wardini
Charon Wardini
Charon Wardini

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd telah melantik Datuk Charon Wardini Mokhzani sebagai Pengarah Eksekutif, Pejabat Pengarah Urusan bermula 6 November.

Cabang pelaburan kerajaan itu dalam satu kenyataan berkata Charon Wardini akan memasuki Khazanah dari CIMB Group di mana beliau sekarang adalah Timbalan Ketua Eksekutif Kumpulan, Perbankan Pelaburan dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Investment Bank Bhd.

Khazanah juga menyatakan penghargaan kepada Dr Nungsari Ahmad Radhi, Pengarah Eksekutif, Ketua Penyelidikan dan Strategi Pelaburan yang meninggalkan Khazanah pada 1 September, untuk bertugas sebagai Ketua Penyelidikan dan Strategi Pelaburan yang meninggalkan Khazanah pada 1 September, untuk mengambil alih sebagai Pengarah Urusan Prokhas Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh Minister of Finance, Incorporated.

Nungsari telah berkhidmat di Khazanah sejak Februari 2007.

Dalam satu kenyataan berlainan, CIMB Group mengumumkan Charon Wardini telah menamatkan perkhidmatan daripada kumpulan perbankan itu mulai 4 November, 2013.

Charon Wardini menganggotai CIMB Bhd sebagai Timbalan Ketua Eksekutif, Perbankan Korporat dan Pelaburan pada Ogos 2004 dan dilantik Pengarah Eksekutif CIMB Investment Bank Bhd pada Mei 2006, dan Ketua Pegawai Eksekutif, CIMB Investment Bank Bhd pada November 2011.

Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi CIMB Principal Asset Management, CIMB Wealth Advisors dan CIMB Mapletree.

Ketua Eksekutif CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak berkata Charon Wardini telah menerajui dan membangunkan perniagaan perbankan pelaburan kumpulan itu dengan cemerlang sepanjang 10 tahun lepas.

Nazir akan mengambil alih sebagai Ketua Perbankan Pelaburan buat sementara waktu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain