suria

Najib, Muhyiddin Menang Tanpa Bertanding

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing menang tanpa bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti itu kali ini.

Pengerusi pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Mohd Ghazali ketika mengumumkan kemenangan itu berkata, sehingga tempoh penyerahan borang pencalonan ditutup pada pukul 5 petang Sabtu, tiada calon lain tampil menyerahkan borang bertanding bagi dua jawatan tertinggi itu.

Sementara itu Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika mengulas mengenai kemenangan Perdana Menteri dan timbalannya itu berkata, ia merupakan perkembangan positif demi masa depan parti.

"Kemenangan Presiden dan Timbalan Presiden membuktikan kepimpinan mereka masih diterima oleh ahli Umno.

"Ahli merasakan Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin masih berkemampuab mengetuai parti dan negara," katanya pada sidang media di sini.

Artikel Lain