Maznah Mazlan Sertai Saingan Ketua Wanita Umno - Semasa | mStar

Maznah Mazlan Sertai Saingan Ketua Wanita Umno

KUALA LUMPUR: Kira-kira 20 minit sebelum tempoh penyerahan borang pencalonan ditutup, bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan tampil menyerahkan borang pencalonan bagi merebut jawatan Ketua Pergerakan Wanita Umno.

Penyertaan disaat-saat akhir itu menjadikan jumlah calon yang bakal merebut kedudukan ketua sayap parti itu ialah seramai tiga orang.

Selain Maznah, penyandang bagi jawatan itu iaitu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut bakal menerima tentangan daripada ahli Umno Kulim-Bandar Bharu, Raihan Sulaiman Palestin.

Sementara itu bagi Naib Ketua Wanita, pertandingan jawatan itu menyaksikan saingan tiga penjuru antara Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun; Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman dan

Ketua Wanita Umno Bahagian Pendang merangkap Exco Wanita Umno Malaysia, Datuk Suraya Yaacob.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Manchester United pecat Mourinho!