suria

Idris Jusoh Lepaskan Jawatan Ketua Umno Bahagian Besut

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Idris Jusoh membuat kejutan apabila melepaskan jawatan Ketua Umno Bahagian Besut untuk memberi laluan kepada muka baharu.

Namun Menteri Pendidikan Kedua itu mengambil jawatan Naib Ketua Bahagian apabila menang tanpa bertanding untuk jawatan itu setelah tiada borang pencalonan lain diterima sehingga tempoh penyerahan tamat pada 5 petang Sabtu.

Katanya Idris menerusi wakilnya menghantar borang pencalonan bagi jawatan naib ketua bahagian pada 4.30 petang kepada Jawatankuasa Pemantau Perhubungan Umno negeri di Bangunan Umno di Jerteh, Besut.

Difahamkan Idris enggan mempertahankan jawatan ketua bahagian selepas penyandang Timbalan Ketua Umno Bahagian dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Besut, Nawi Mohamad mengemukakan borang pencalonan untuk merebut jawatan itu.

Nawi akan dicabar Adun Jerteh, Muhamad Pehimi Yusof yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Peladangan & Komoditi.

Artikel Lain