Pemilihan Umno: Dua Penjuru Bagi Puteri - Semasa | mStar

Pemilihan Umno: Dua Penjuru Bagi Puteri

Mas Ermieyati Samsudin (kiri) menyerahkan borang calon Ketua Pergerakan Puteri Umno kepada petugas pada proses penamaan calon pemilihan Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, Sabtu. -fotoBERNAMA
Mas Ermieyati Samsudin (kiri) menyerahkan borang calon Ketua Pergerakan Puteri Umno kepada petugas pada proses penamaan calon pemilihan Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, Sabtu. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Hampir pasti pertandingan merebut jawatan Ketua Pergerakan Puteri Umno menyaksikan pertembungan dua penjuru bagi mengisi kekosongan jawatan sayap itu pada pemilihan parti Oktober ini.

Sehingga pukul 3 petang, sekretariat pemilihan Umno menerima dua borang pencalonan bagi pertandingan jawatan tersebut.

Paling awal menyerahkan borang ialah Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin.

Selain itu Ketua Puteri Umno Petaling Jaya Selatan, Jamilah Hanim Othman turut mencuba nasib apabila hadir menyerahkan borang pencalonan pada pukul 3.15 petang.

Penyandangnya, Datuk Rosnah Rashid Shirlin akan mengosongkan jawatan tersebut kerana beliau telah melebihi had umur kepimpinan pergerakan itu iaitu 40 tahun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pemilihan Umno: Empat Cuba Nasib Tentang Khairy

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain