suria

Najib Serah Borang Untuk Jawatan Ketua Umno Pekan

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Negeri Pahang Datuk Seri Abdul Jabbar Ibrahim (kanan) menerima borang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dihantar oleh wakil peribadinya Datuk Zainal Abidin Pa'wan bagi bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Pekan di Pejabat Umno Bahagian Pekan, Sabtu. -fotoBERNAMA

PEKAN: Selain mempertahan jawatan Presiden Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempertahan jawatan Ketua Umno Bahagian Pekan pada pemilihan parti bulan depan.

Borang pencalonan beliau untuk bertanding jawatan Ketua Umno bahagian itu diserahkan melalui wakilnya, Setiausaha Umno Bahagian Pekan Datuk Zainal Abidin Pa' Wan, di Bangunan Umno Pekan di sini sejurus selepas 10 pagi Sabtu.

Ia diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Khas Pemilihan Umno Negeri Pahang Datuk Seri Abdul Jabbar Ibrahim.

Najib, 60, memegang jawatan Ketua Umno Bahagian Pekan sejak 1982.

Zainal Abidin, yang ditemui pemberita selepas penyerahan borang itu berkata, Umno Bahagian Pekan menyokong penuh pencalonan Najib di peringkat bahagian dan pusat.

Dalam pada itu, borang pencalonan Najib untuk mempertahan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti diserahkan wakilnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada 8 pagi tadi.

Khamis lepas, ketika mengumumkan hasratnya mempertahan jawatan presiden parti, beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarkan sokongan meluas dan kepercayaan yang disuarakan anggota parti termasuk di peringkat akar umbi. - BERNAMA

Artikel Lain