suria

KP Kesihatan Mahu Tindakan Terhadap Pegawai Minta "Duit Kopi"

Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Noor Hisham Abdullah.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan mahu tindakan disiplin dikenakan terhadap dakwaan dua pegawainya yang cuba untuk memerangkap seorang ahli perniagaan dengan melepaskan jentik-jentik ke dalam tangki air di kedainya sekiranya ia benar.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, satu siasatan dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan berhubung perkara itu.

"Jika aduan itu didapati benar, jabatan dinasihatkan untuk mengambil tindakan terhadap dua pegawai yang melakukan kesalahan itu," katanya.

Dilaporkan bahawa kedua-dua pegawai itu pergi ke kedai itu di Bahau, Negeri Sembilan yang menjual radiator kereta pada kira-kira pukul 10.30 pagi Selasa.

Pegawai wanita itu dikesan menerusi rakaman CCTV apabila mengeluarkan satu botol kecil dari begnya dan menuangkan kandungan itu ke dalam tangki air di kedai berkenaan.

Dia kemudiannya memanggil seorang lagi pegawai untuk menjalankan pemeriksaan pada tangki berkenaan dan mengambil sampel.

Mereka kemudiannya memberitahu pemilik kedai tersebut bahawa mereka menemui jentik-jentik di dalam tangki.

Mereka memberikan dua pilihan sama ada membayar RM50 sebagai "duit kopi" atau denda RM500.

Dr Noor Hisham berkata, kementerian mengalu-alukan aduan berhubung salah laku pegawainya dan maklumat itu turut diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kami kesal dengan insiden yang berlaku dalam usaha kita mempertingkatkan integriti dari masa ke semasa di kalangan pegawai kesihatan," katanya.

Artikel Lain