suria

Jawatan Presiden, Timbalan Presiden Umno Tidak Dicabar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin setakat ini tidak dicabar oleh mana-mana individu bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno.

Perkara itu disahkan oleh Sekretariat Jawatankuasa Pemilihan Umno, Mohd Nasri kira-kira pukul 1.25 petang Sabtu.

"Sehingga pukul 1 petang, bagi jawatan Presiden kami hanya terima satu sahaja borang begitu dengan jawatan Timbalan Presiden hanya seorang calon," katanya kepada pemberita di sini.

Mohd Nasri berkata pihaknya turut menerima empat borang bagi merebut jawatan Naib Presiden manakala 52 borang lagi untuk Jawatankuasa Mesyuarat Tertinggi.

Katanya, setakat pukul 1 petang tadi, kira-kira 218 borang pencalonan telah diterima.

Kaunter penamaan calon bagi pemilihan Umno kali ini akan dibuka semula pada pukul 2.30 petang.

Artikel Lain