suria

Bas Terbabas Di Lebuhraya PLUS, 12 Penumpang Cedera Ringan

IPOH: Dua belas penumpang cedera ringan apabila bas yang mereka naiki terbabas di tebing sedalam lima meter di Km308 Lebuhraya Utara-Selatan menghala Utara di sini Jumaat.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supt Shahrul Othman Mansor berkata, kemalangan dilapor pada pukul 5.30 petang.

"Bas itu dikatakan terbabas apabila kereta jenis Mazda dari arah sama hilang kawalan selepas memotong bas terbabit.

"Kereta itu terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan dan berpusing di hadapan bas. Pemandu dan penumpang kereta itu cedera parah," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau berkata, ketika kejadian terdapat 17 penumpang di dalam bas itu.

Kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Slim River, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain