suria

Bapa MB Johor Meninggal Dunia

JOHOR BARU: Bapa kepada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meninggal dunia pada Jumaat.

Nordin Johari, 81, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 12.30 tengah hari di Hospital Pakar Puteri kerana masalah kesihatan.

Difahamkan Mohamed Khalid yang kini berada di luar negara dalam perjalanan balik ke sini untuk urusan pengebumian yang dijangka dilakukan selepas solat Asar pada Jumaat.

Artikel Lain