suria

Suami Isteri Cedera Disamun Empat Perompak Bersenjata

BELURAN: Seorang lelaki cedera parah manakala isterinya hampir dirogol sekumpulan empat perompak dalam kejadian di Kampung Rampik, Jalan Ulu Sapi di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Beluran DSP Sivanathan Velautham berkata mangsa Jerry Damin, 32, dan isterinya Nani Marcella Nicholas, 28, berada di dapur rumah mereka ketika empat perompak bertopeng dan bersenjata tajam memasuki rumah itu kira-kira pukul 8 malam.

Jerry yang cuba melawan ditetak di kepala, belakang badan dan perut kiri dengan parang, pisau dan kayu manakala isterinya disepak oleh perompak terbabit.

Beliau berkata seorang daripada perompak terbabit dilapor cuba merogol isteri mangsa manakala tiga lagi memecahkan kereta.

Sivanathan berkata pasangan suami isteri itu tinggal berdua di rumah mereka dalam kawasan ladang kelapa sawit milik persendirian tanpa jiran berdekatan.

Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk rawatan, katanya sambil memberitahu empat lelaki terbabit melarikan wang tunai, barang kemas dan komputer riba melibatkan kerugian kira-kira RM12,000. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Thai Bebas Tuduhan Rogol Anak

Artikel Berikut

Artikel Lain