suria

Penggunaan Kamera AES Perlu Diperluas - Musa Hassan

KUALA LUMPUR: Skop penggunaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) perlu diperluaskan dan tidak hanya tertumpu merakam imej kesalahan pengguna jalan raya semata-mata.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kamera AES itu juga boleh digunakan untuk memerangi aktiviti jenayah jalanan di negara ini.

"Kita kena perluaskan penggunaannya seperti yang pernah dicadangkan sebelum ini. Kalau tidak rugi jika hanya guna untuk rakam imej kesalahan trafik.

"Kamera itu mempunyai resolusi yang tinggi. Jadi ia boleh merakamkan dengan jelas imej penjenayah...jadi mereka tidak boleh melarikan diri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan mengurangkan kadar kompaun AES kepada RM150 berbanding kadar asalnya RM300 berkuatkuasa pada Rabu.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Rabu berkata keputusan itu dibuat supaya dapat diselaraskan dengan saman-saman yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Saya meyambut baik cadangan kerajaan itu tetapi penggunaannya perlu diperluaskan dalam membantu membendung kegiatan jenayah," katanya.

Artikel Sebelum

Warga Thai Bebas Tuduhan Rogol Anak

Artikel Berikut

Artikel Lain