suria

Pelajar Universiti Adakan Protes Terhadap Plaza Taib Mahmud Di Australia

PETALING JAYA: Pelajar di University of Adelaide mahu sebuah plaza yang memberi penghormatan kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud dinamakan semula.

Menurut 'The Australian', Ketua Menteri Sarawak itu pernah belajar di University of Adelaide di bawah Pelan Colombo.

"Taib Mahmud Court" adalah nama yang telah diberikan pada bulan Disember 2008 selepas beliau mendermakan berjuta-juta dolar kepada universiti, menurut laporan.

Akhbar itu melaporkan: "Walaupun kritikan peringkat bawahan telah berlarutan selama bertahun-tahun, pelajar - pada kali ini disokong oleh majlis perwakilan pelajar dan kumpulan di luar - akan membuat bantahan esok dan meminta Naib Canselor Warren Bebbington membatalkan keputusan itu."

Penganjur bantahan Lizzie Taylor berkata beliau berharap pengurusan akan bertindak balas apabila melihat para pelajar berminat dengan isu ini.

"Kami akan menunjukkan bahawa kami tidak mahu Taib Mahmud, jaringan keluarganya atau syarikat utamanya mempunyai sebarang kaitan dengan pendidikan tinggi di Utara Australia," tulis mereka di laman Facebook.

Jurucakap Universiti Adelaide berkata: "Universiti itu menerima sumbangan daripada Taib dengan niat yang baik bertahun-tahun lalu. Tiada hadiah yang diterima daripada beliau selama lebih dari tujuh tahun.

Artikel Sebelum

Warga Thai Bebas Tuduhan Rogol Anak

Artikel Berikut

Artikel Lain