suria

Mahkamah Tetapkan Perbicaraan Kes Alvivi Pada 5 Dan 6 Disember

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis menetapkan dua hari, bermula 5 Disember ini untuk perbicaraan kes melibatkan blogger seks Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee May Ling, yang menghadapi tiga pertuduhan berhubung ucapan kontroversi di Facebook Ramadan lalu dan gambar lucah di blog mereka.

Hakim Murtazadi Amran menetapkan tarikh di dalam kamar selepas mengadakan pertemuan dengan peguam Chong Joo Tian dan Timbalan Pendakwa Raya Nur Hafiza Jemali.

Chong memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan 5 dan 6 Disember untuk perbicaraan.

Katanya, beliau juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa Mahkamah Tinggi telah menetapkan 31 Oktober untuk mendengar permohonan mengenepikan tuduhan menghasut pasangan itu di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Pertuduhan itu kerana menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan atau perasaan permusuhan, kebencian atau niat jahat atas alasan agama.

Pada 18 Julai, Tan, 25, dan Lee, 24, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di bawah Akta Penapisan Filem, Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.

Artikel Sebelum

Warga Thai Bebas Tuduhan Rogol Anak

Artikel Berikut

Artikel Lain