suria

Koordinator Program Mengaku Tidak Bersalah Tayang Filem Belum Diluluskan

KUALA LUMPUR: Seorang koordinator program sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan menayangkan filem yang belum diluluskan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Lena Rasathi Hendry, 28, koordinator di Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) didakwa menayangkan filem bertajuk 'No Fire Zone: The Killing Fields of Sri Lanka' yang belum diluluskan LPF.

Wanita itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall, Jalan Maharajalela, di sini pada pukul 9 malam, 3 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman penjara hingga tiga tahun atau didenda sehingga RM30,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pegawai pendakwa Mohammad Husaini Rosli dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin. LAGI MAHKAMAH-FILEM 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR Bagaimanapun, peguam New Sin Yew membantah jaminan itu atas alasan terlalu tinggi dan memohon jaminan peribadi diberikan kepada anak guamnya.

Beliau berkata pihaknya juga akan mengemukakan permohonan untuk membatalkan pertuduhan itu.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Okt untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Thai Bebas Tuduhan Rogol Anak

Artikel Berikut

Artikel Lain