suria

Bakal Pengantin Afrika Selatan Ditahan Seludup Dadah Bernilai RM1 Juta

JOHOR BAHRU: Bakal pengantin warga Afrika Selatan telah ditangkap di Lapangan Terbang Senai kerana menyeludup dadah bernilai RM1 juta ke negara ini.

Wanita berusia 22 tahun, yang tiba di lapangan terbang itu melalui penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, ditahan kira-kira pukul 11.10 pagi pada 12 September.

Timbalan Pengarah Kastam Johor Abdullah Sidik berkata pegawainya menemui dua paket dadah ditutup dengan foil aluminium yang disembunyikan dalam bagasi wanita terbabit.

"Kami percaya ia adalah 'methamphetamine' seberat 4.9kg dan bernilai RM931,000," katanya dalam satu sidang akhbar pada Rabu.

Abdullah berkata, wanita berkenaan yang merupakan pengunjung pertama kali ke Malaysia, mendakwa datang ke Malaysia untuk melihat persekitaran tempat untuk berbulan madu.

Beliau berkata, sebelum tiba di Kuala Lumpur, suspek menaiki penerbangan dari Johannesburg ke Bangkok dan dari sana dia terbang ke New Delhi dan Chennai sebelum mengambil penerbangan sambungan ke Johor Baru.

Suspek telah ditahan untuk membantu siasatan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Bahaya 1952.

Jika didapati bersalah, suspek akan menerima hukuman mati mandatori.

Artikel Sebelum

Warga Thai Bebas Tuduhan Rogol Anak

Artikel Berikut

Artikel Lain