suria

Salah Guna Dana, SPRM Tahan Bekas Adun

PETALING JAYA: Seorang ahli politik terkemuka ditahan untuk disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menyalahgunakan dana satu program kebajikan kerajaan.

Sumber berkata pada Selasa, lelaki itu yang juga bergelar Datuk dan bekas ahli dewan undangan negeri (Adun) serta bekas setiausaha politik kepada seorang menteri disoal siasat pada Isnin di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Sebuah portal berita melaporkan lelaki itu ditahan untuk membantu siasatan oleh SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan dana itu.

Laporan itu turut menyebut SPRM turut merampas 10 kereta mewah kepunyaan lelaki tersebut.

Artikel Lain