suria

Najib Kunjungi Presiden Singapura

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengunjungi Presiden Singapura Dr Tony Tan Keng Yam yang sedang melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.

Mesyuarat tertutup berlangsung di sebuah hotel terkemuka di mana pemimpin Singapura itu menginap.

Najib diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Menyertai perdana menteri pada sesi itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Husni Zai Yaacob.

Terdahulu, Dr Tan dan isterinya, Mary, diberikan sambutan negara di Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Ini lawatan negara pertama oleh ketua negara Singapura itu ke Malaysia.

Lawatan itu atas undangan Yang di-Pertuan Agong. - BERNAMA

Artikel Lain