Charles Santiago Beri Kenyataan Di Tribunal Rakyat - Semasa | mStar

Charles Santiago Beri Kenyataan Di Tribunal Rakyat

SUBANG JAYA: Ahli Parlimen Klang Charles Santiago pada Rabu berkata penyelewengan pilihan raya telah 'direka bentuk' dan bertujuan untuk memberi manfaat kepada kerajaan yang memerintah.

Santiago, yang merupakan saksi pertama di Tribunal Rakyat mencabar keputusan pilihan raya umum ke-13 memberikan kenyataan dan bukti laporan rakyat Malaysia bahawa nama-nama mereka telah didaftarkan sebagai pengundi tanpa persetujuan mereka.

Beliau juga mendakwa terdapat beberapa kes di mana sejumlah besar nama-nama yang didaftarkan di alamat yang sama.

"Kami memilih alamat dan melawat rumah yang mempunyai jumlah pengundi berdaftar paling ramai.

"Kami mempunyai pengakuan bertulis daripadanya mengatakan bahawa dia tidak pernah bersetuju alamatnya digunakan untuk tujuan pendaftaran mengundi," katanya.

Santiago berkata apabila beliau menulis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), beliau hanya diberitahu bahawa mereka tidak dapat berbuat apa-apa tentang situasi itu.

Merujuk kepada Akuan Berkanun (SD) yang dibuat Santiago sebelum ini, beliau berkata beberapa orang telah tampil mendakwa nama-nama mereka berada dalam daftar pemilih walaupun mereka tinggal di luar negara dan tidak pernah mendaftar sebagai pengundi.

Untuk dakwaan ini, e-mel antara pengadu dan pejabat Santiago telah dirujuk.

Santiago juga mengaitkan kes seorang bapa, yang bernama Sivakumar mendapati anaknya Dinesh Kumar yang bekerja dan menetap di United Kingdom didaftarkan sebagai pengundi tanpa persetujuannya.

Santiago mendakwa bahawa kes itu telah dibawa ke mahkamah tetapi telah dibatalkan.

Semasa pendengaran, Santiago juga bercakap tentang pengundi hantu yang disyaki mengundi dalam pilihan raya itu.

Perbicaraan diteruskan. Pasukan tribunal undang-undang rakyat diketuai oleh Profesor Undang-Undang Universiti Malaya Gurdial Singh Nijar.

Artikel Sebelum

Calon Tidak Perlu Dapat Ihsan Presiden - Rais

Artikel Berikut

Dua lelaki Dipenjara Kerana Lakukan Pemerasan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini