48,000 Anggota Puteri Umno Tentukan Barisan Pergerakan Sayap Bulan Depan - Semasa | mStar

48,000 Anggota Puteri Umno Tentukan Barisan Pergerakan Sayap Bulan Depan

KUALA LUMPUR: Kira-kira 48,000 anggota Puteri Umno akan memilih barisan kepimpinan sayap itu di peringkat pusat dan bahagian seluruh negara bulan depan, kata Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Proses penamaan calon untuk kedua-dua peringkat itu diadakan Sabtu ini manakala pengundian 12 Oktober.

Rosnah berkata 11,793 perwakilan Puteri Umno pula akan mengundi dan menentukan barisan tertinggi parti termasuk presiden, timbalan presiden serta anggota Majlis Tertinggi (MT) pada pengundian 19 Oktober.

Ditanya tentang kekeliruan yang timbul dalam kalangan anggota mengenai sistem dan kaedah pemilihan kali ini, Rosnah berkata pihaknya telah mengadakan penerangan di setiap 6,700 cawangan Puteri Umno bagi menjelaskan segala kekeliruan.

"Ini pertama kali diadakan...kita tak nafikan ada yang tak jelas, malah ada cawangan yang mengadu mengenai masalah itu maka sebab itu kita adakan proses taklimat," katanya.

Bagi memudahkan pihak media, Rosnah berkata pergerakan Puteri Umno akan menubuhkan satu jawatankuasa di peringkat pusat yang bertanggungjawab mengeluarkan sebarang maklumat mengenai jumlah calon yang bertanding merebut sesuatu jawatan selain keputusan pemilihan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

24 Buah Sekolah Lagi Diiktiraf SBT

Artikel Berikut

90 Warga Myanmar Ditahan Di Bukit Batu Puteh

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain