suria

Laman 'Fan Page' Facebook Ahmad Said Digodam

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada Isnin meluahkan rasa kesal dengan perbuatan pihak tertentu yang menggodam laman Fan Page Facebooknya.

Beliau berkata laman itu digodam dua kali pada bulan ini.

"Kali pertama, individu terbabit mengemas kini status Facebook kononnya saya mahu menawarkan diri sebagai calon naib presiden Umno pada pemilihan parti tahun ini.

"Terbaru, status dikemas kini menyatakan kononnya saya mengumumkan cuti selama dua hari kepada rakyat Terengganu sempena program Walk 4 Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Jubli Emas Hari Malaysia di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu di sini.

Katanya, pihak pengurusan pejabat Menteri Besar telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan lanjut.

Beliau juga akan membuat laporan polis. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

AES Diserah Kepada PDRM

Artikel Lain