suria

Guan Eng Buat Laporan Polis Berhubung Ugutan Bunuh Di Twitter

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh terhadap beliau yang diterima melalui Twitter.

Pada Khamis, pengguna Twitter, yang menggunakan twitter @MoonYue18 (Moon Yue) telah menulis: "# DinastyLim # CEC # DAPig @cmlimguaneng penipu! u Mati Minggu depan (Lim Guan Eng adalah penipu dan akan mati minggu depan)".

Dalam sidang media di pejabatnya di Komtar di sini pada Jumaat, Lim berkata, beliau terkejut dan bimbang terhadap keselamatannya.

"Peguam saya menasihati saya supaya membuat laporan polis," katanya.

@MoonYue18 turut mengeluarkan kenyataan ugutan bunuh kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan "Jogja Melayu lu langsi lu Mati" (jangan berlagak atau kamu mati).

Artikel Sebelum

Umno Patut Contohi YES - PM

Artikel Lain