suria

Penggal Terakhir Shahrizat Sebagai Ketua Wanita Umno?

Shahrizat mahu memberi tumpuan kepada aliran utama wanita dalam politik untuk membuat keputusan. Foto NORAFIFI EHSAN / THE STAR
Shahrizat mahu memberi tumpuan kepada aliran utama wanita dalam politik untuk membuat keputusan. Foto NORAFIFI EHSAN / THE STAR
Shahrizat mahu memberi tumpuan kepada aliran utama wanita dalam politik untuk membuat keputusan. Foto NORAFIFI EHSAN / THE STAR

PETALING JAYA: Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang dalam perjalanannya untuk memenangi jawatan itu tanpa bertanding, membayangkan bahawa ini mungkin merupakan penggal terakhir beliau berada di peringkat tertinggi sayap itu.

Bagaimanapun, Shahrizat yang berusia genap 60 tahun pada bulan lepas, berkata bahawa dalam politik, tiada apa yang boleh ditetapkan.

"Jangan sekali-kali tanya ahli politik apakah ini penggal terakhir mereka. Tetapi saya berharap untuk melakukan sesuatu yang lebih menarik selepas politik dan kita mesti tahu bila untuk berhenti dan teruskan hidup baru," katanya kepada The Star.

Shahrizat, yang juga penasihat kepada perdana menteri mengenai keusahawanan wanita dan pembangunan profesional berkata demikian bagi mengulas laporan bahawa Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said akan menarik diri daripada bertanding jawatan ketua wanita Umno itu.

Azalina telah berkata yang beliau akan menarik diri kerana beliau adalah seorang yang setia pada parti dan mendengar nasihat pucuk pimpinan serta mahu mengekalkan perpaduan dalam Umno.

Ditanya mengenai perkembangan terbaru, Shahrizat berkata, Azalina bukan seorang kanak-kanak dan tahu apa yang dia lakukan.

Beliau berkata, bekas ketua puteri itu mungkin mempunyai sebab apabila membuat keputusan untuk bertanding dan juga mempunyai alasan sendiri untuk menarik diri.

"Saya tidak mengambil mudah tentang apa-apa pun kerana kita tidak akan tahu secara pasti sehingga 21 September ini(iaitu hari penamaan calon bagi tiga sayap)," kata beliau.

Shahrizat enggan mengulas sama ada terdapat sebarang rundingan di belakang tabir yang membawa kepada keputusan Azalina untuk tidak bertanding itu.

Apabila ditanya apakah peranan Azalina yang boleh dimainkan dalam Wanita Umno, beliau berkata bahawa orang yang berlainan membawa peranan yang berbeza kepada pergerakan sayap itu dan tidak adalah masalah atau halangan untuk menerima orang lain dalam pergerakan tersebut.

"Saya tidak pernah berasa sebarang tekanan walaupun beliau mahu bertanding menentang saya. Kita semua ahli-ahli politik yang matang. Sama ada terdapat satu pertandingan atau tiada pertandingan, penyokong saya mahu saya untuk meneruskan kerja-kerja parti," kata Shahrizat.

Shahrizat berkata, beliau bercadang untuk memberikan segala-galanya dalam penggal ini.

Bekas menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu juga menegaskan yang beliau telah melakukan pembaharuan undang-undang di tempat dan platform yang sewajarnya bagi wanita ketika menjadi menteri dahulu.

"Jika saya kembali sebagai pemimpin Wanita Umno, saya akan memberi tumpuan kepada meletakkan wanita di aliran utama khususnya dalam membuat keputusan penting. Fokus saya juga untuk melaksanakan program-program bagi memperkasakan wanita," katanya.

Azalina berhadapan dengan cabaran yang besar dan sukar sejak beliau mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan ketua wanita Umno kerana beliau tidak mempunyai jaringan yang kukuh dalam pergerakan tersebut.

Selepas meninggalkan sayap Puteri, beliau terus ke dalam "tugas politik yang didominasi lelaki" dengan menjadi ketua Umno Bahagian Pengerang.

Shahrizat sebaliknya pula mendapat sokongan yang menggalakkan daripada pemimpin akar umbi Wanita Umno serta kepemimpin utama dalam Umno.

Artikel Sebelum

Umno Patut Contohi YES - PM

Artikel Lain