suria

Palanivel Mahu Dr Subramaniam Kekal Sebagai Timbalannya

KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel, mahu timbalannya Datuk Seri Dr S.Subramaniam dikekalkan dalam jawatan itu tanpa bertanding pada pemilihan parti, Disember ini.

Palanivel, yang menang jawatan presiden tanpa bertanding selepas pencalonan presiden ditutup 1 Sept lepas, sebelum ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatannya selepas tempoh penggalnya tamat pada 2016.

Sebaliknya, beliau berkata, Dr Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, akan dicalonkan untuk pemilihan presiden pada 2016.

Dalam kenyataan di sini, Khamis, Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar, berkata pemilihan parti kali ini akan menyaksikan pertandingan untuk tiga jawatan naib pesiden dan 23 jawatan dalam Jawatankuasa Kerja Pusat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Umno Patut Contohi YES - PM

Artikel Lain