Kapal Karam: APMM Selamat 30 Nelayan Asing - Semasa | mStar

Kapal Karam: APMM Selamat 30 Nelayan Asing

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyelamat 30 nelayan asing yang kapal mereka karam selepas berlanggar sebuah kapal dagang di perairan sempadan Malaysia-Indonesia malam Khamis.

Ketua Maritim Daerah 3 Lumut, Kapten Maritim Abdul Razak Johan berkata kapal milik Taiwan itu karam kira-kira lapan batu nautika barat daya Pulau Jarak dekat Lumut.

"Kapal berpangkalan di Taiwan ini (Jin-Shan-Mei) dalam perjalanan dari Cape Town (Afrika Selatan) menuju Singapura dengan membawa muatan ikan tuna serta beberapa spesis ikan lain," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau berkata kapal itu dipercayai dilanggar sebuah kapal kontena kira-kira 10.40 malam.

Bilik operasi Daerah Maritim 3 Lumut menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul jam 12.05 tengah malam tadi dari Maritim Sub-Centre Langkawi.

Abdul Razak berkata pada pukul 12.30 tengah malam, operasi mencari dan menyelamat dijalankan dengan menghantar Kapal Maritim (KM) Tugau bersama 10 anggota yang diketuai Pegawai Memerintah Mohd Faisal Abdul Rahim.

"Kami juga turut menghubungi kapal-kapal yang ada di persekitaran untuk turut sama membantu mencari kapal Taiwan itu yang kemudian ia dibantu sebuah kapal dagang dari India, APL Illinios," katanya.

Para nelayan berumur antara 23 dan 45 tahun itu yang terdiri daripada lima warga Korea, Filipina (5), China (11), Vietnam (4), Indonesia (4) dan Taiwan (1) kemudiannya dipindahkan ke kapal India itu sebelum dibawa ke Jeti Kastam Kampung Acheh dekat sini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain