suria

RCI Sabah: Tiada Polisi Beri IC Kepada Imigran Tidak Layak - Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan perkarangan Mahkamah Tinggi selepas memberi keterangan dalam prosiding RCI Sabah di Kota Kinabalu pada Rabu.
Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan perkarangan Mahkamah Tinggi selepas memberi keterangan dalam prosiding RCI Sabah di Kota Kinabalu pada Rabu.
Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan perkarangan Mahkamah Tinggi selepas memberi keterangan dalam prosiding RCI Sabah di Kota Kinabalu pada Rabu.

KOTA KINABALU Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahkan pegawai berpangkat rendah kerana memberikan kad pengenalan (IC) kepada imigran di Sabah.

Bekas Perdana Menteri itu memberitahu panel prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang tanpa izin di Sabah bahawa kerajaan tidak pernah ada polisi yang membenarkan kad pengenalan Malaysia diberikan kepada imigran di Sabah yang tidak layak.

Kerajaan juga berpendirian mengiktiraf mereka yang layak sahaja akan diberikan taraf kewarganegaraan.

Tampil memberi keterangan selama hampir 90 minit, Dr Mahathir berkata antara kriteria yang digunakan untuk mengeluarkan kad pengenalan ialah orang yang asing yang tinggal di negara ini untuk tempoh yang lama, dapat bertutur dalam bahasa tempatan serta mengamalkan budaya hidup masyarakat tempatan.

Beliau berkata pengeluaran kad pengenalan kepada orang asing di negeri itu adalah disebabkan oleh pengawai berpangkat rendah mengeluarkan dokumen sedemikian.

Ditanya mengapa ia dinamakan Projek IC atau Projek M, Dr Mahathir berkata nama beliau digunakandalam banyak perkara.

"Mereka panggil saya, ultra rasis, saya tidak peduli. Ia sebahagian daripada perjalanan politik saya," katanya.

Beliau turut menafikan sebarang penglibatan dalam Projek IC, katanya kepada Panel RCI Sabah.

Sebaliknya beliau menyatakan bahawa mengetahui mengenainya baru-baru ini.

Dr Mahathir yang tiba di Kota Kinabalu pada Selasa tampil sebagai dihadapan panel RCI sebagai saksi ke-209.

Artikel Sebelum

Warga Emas Didakwa Bunuh Suami

Artikel Lain