suria

Polis Tumpas Sindiket Curi Motosikal di Miri

MIRI: Polis menumpaskan sindiket curi motosikal yang aktif di sekitar bandaraya ini sejak bulan lepas, berikutan penahanan dua lelaki di Permyjaya di sini, Selesa lepas.

Ketua Polis Miri ACP Mun Kok Keong berkata, lelaki berusia 28 dan 41 tahun itu ditahan dalam operasi pada kira-kira 3.30 petang setelah polis mencurigai motosikal yang dimiliki mereka.

Katanya, hasil siasatan dipercayai kedua-dua lelaki terbabit menganggotai sindiket curi motosikal yang menggunakan mondus operandi meleraikan komponen motosikal sama ada untuk kegunaan sendiri atau dijual kepada pekerja ladang sawit berhampiran.

"Dua suspek tersebut masih ditahan untuk soal siasat, ada kemungkinan suspek mempunyai rakan-rakan lain yang turut bekerjasama dalam kegiatan mencuri motosikal," katanya dalam sidang media di sini, Khamis.

Mengenai Ops Cantas khas, beliau berkata, polis Miri menahan empat lelaki berumur antara 20 dan 36 tahun di pelbagai lokasi di sekitar Miri sejak 6 September lepas.

Polis turut merampas pelbagai senjata termasuk 'nunchaku', sejenis alat bela diri yang dipopularkan aktor seni mempertahankan diri, Bruce Lee, katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas Didakwa Bunuh Suami

Artikel Lain