suria

Pendaki Gunung Tebu Yang Terkandas Selamat Di Bawa Turun

Anggota penyelamat mengusung seorang pendaki yang mengalami kekejangan otot untuk dibawa turun dari atas Gunung Tebu di Besut pada Khamis. Seramai 15 pendaki terkandas selama 19 jam selepas sebahagian pendaki mengalami kekejangan otot akibat cuaca hujan. -FotoBERNAMA

BESUT: Lima belas pekerja kilang elektronik dari Pulau Pinang serta seorang jurupandu arah tempatan yang terkandas hampir 19 jam di Gunung Tebu, di sini selamat dibawa turun oleh pasukan penyelamat pada Khamis.

Kesemua mangsa yang berusia lingkungan 19 hingga 31 tahun itu berjaya dibawa turun kira-kira pukul 2.35 petang ini oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Jerteh, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Renjer Hutan.

Ketika ditemui pemberita di tempat kejadian, kesemua mangsa yang terdiri daripada tujuh lelaki warganegara Malaysia dan lapan wanita warganegara asing itu selamat namun dalam keadaan letih dan lapar.

Menurut jurupandu arah, Abdullah Zakaria, 28, mereka mula terkandas di sekitar kawasan gunung itu kira-kira pukul 5 petang semalam selepas mengambil masa lima jam perjalanan dari kaki Gunung Tebu.

Katanya ketika mendaki pada ketinggian 4,950 meter dari kaki bukit itu, kumpulan pendaki berkenaan tidak dapat meneruskan perjalanan ekoran cuaca yang gelap berserta hujan dan permukaan licin selain ada di kalangan mereka mengalami kekejangan otot.

"Kami mula mendaki kira-kira pukul 10.30 pagi semalam namun ketika sampai di pertengahan pendakian, saya terpaksa hentikan perjalanan para pendaki itu selama sejam kerana hari mulai hujan selain ada yang mengalami kecederaan.

"Memburukkan lagi keadaan, dua peserta wanita kumpulan itu turut diserang histeria dan memaksa saya menghubungi beberapa rakan serta pasukan penyelamat untuk meminta bantuan membawa mereka turun," katanya yang menggambarkan keadaan para pendaki berkenaan sukar diredakan.

Menurut Abdullah, sepanjang bekerja sebagai jurupandu arah selama lapan tahun di Gunung Tebu, ini kali pertama beliau mengalami situasi sedemikian.

Sementara itu seorang pendaki berasal dari Perlis, Tharin Suwanmani, 30, berkata ini merupakan pengalaman pertamanya bersama rakan sekerja dalam aktiviti mendaki gunung dan pengalaman pahit mereka setelah terkandas di dalam hutan gunung.

"Walaupun saya tidak sampai ke puncak gunung tersebut, tidak mengapalah... janji kami semua selamat dibawa turun. Saya memang tidak sangka akan berlaku kejadian ini, namun saya tidak serik untuk mendaki lagi," katanya.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jerteh Mustapa Ismail berkata 45 anggota penyelamat termasuk JPAM dan Renjer Hutan meneruskan operasi menyelamat kira-kira pukul 8 pagi ini sejak memulakannya lewat petang Rabu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas Didakwa Bunuh Suami

Artikel Lain