suria

Dua Warga Pakistan Dihukum Gantung Edar Dadah 80.7 Kg

SHAH ALAM: Dua peniaga lelaki warga Pakistan dijatuhi hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah mengedar 71.9 kg heroin dan 8.8 kg morfin di Seri Kembangan, Selangor, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Asmadi Asnawi menjatuhkan hukuman itu setelah mendapati Imran Khan Jan Gulshah, 30, dan Muhammad Shahbaz, 33, gagal membuktikan dadah itu bukan di bawah jagaan atau milik mereka dan pembelaan gagal membuktikan keraguan melampaui munasabah terhadap pertuduhan mengedar dadah di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Muhammad dilihat pitam sejurus selepas mendengar keputusan Hakim Asmadi di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah kedai di Jalan PUJ3/11, Taman Puncak Jalil di Seri Kembangan pada 4.30 petang, 6 April 2011.

Dadah itu ditemui sepasukan polis yang menyerbu premis itu dan seorang daripada tertuduh cuba melarikan diri melalui tingkap tetapi gagal sebelum mereka diberkas.

Pemeriksaan di premis itu membawa kepada penemuan 255 kotak, 14 daripadanya mengandungi 155 bungkusan yang ketika itu disyaki dadah.

Pada prosiding hari ini, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Fazillah Begum Abdul Ghani manakala pembelaan diwakili peguam Karpal Singh. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas Didakwa Bunuh Suami

Artikel Lain