Tiada Kompromi Dengan Syarikat Amal Diskriminasi Wanita Bertudung - Rohani - Semasa | mStar

Tiada Kompromi Dengan Syarikat Amal Diskriminasi Wanita Bertudung - Rohani

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat yang mengamalkan diskriminasi terhadap wanita bertudung dalam proses pengambilan pekerja.

Menegaskan demikian, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim berkata kementerian memandang serius perkara itu dan meminta wanita terbabit tampil membuat aduan secepat mungkin.

Sambil merujuk kepada perlembagaan negara, Rohani berkata, ia bukan isu agama tetapi soal keadilan dan hak sama rata antara jantina.

"Perkara 8 (Perlembagaan Persekutuan) menggariskan tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam," katanya.

Beliau mengulas tentang pendedahan seorang wanita Muslim, Mira Kamil, dalam facebooknya baru-baru ini mengenai pengalamannya berdepan syarikat-syarikat di negara ini yang tidak mengambil wanita bertudung bekerja.

Bercakap pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di sini, Rabu, Rohani berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap syarikat terbabit, termasuk menghebahkan nama syarikat kepada umum.

Dalam perkembangan lain, Rohani berkata, beliau dan timbalannya Datuk Azizah Mohd Dun kini dalam siri jelajah bertemu klien LPPKN.

Jelajah bermula di Institut Sosial Malaysia minggu lepas disusuli dengan lawatan ke Institut Pengupayaan Wanita Bagi Anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali di sini minggu ini. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain