suria

Saya Bukan Seorang Diktator - Soi Lek

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bercakap kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden di Wisma MCA pada Selasa. Turut hadir,(dari kiri) Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong, Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung, DAtuk Seri Kong Cho Ha.

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menegaskan beliau bukan seorang diktator seperti yang didakwa oleh Timbalannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sebaliknya, beliau berkata dia sentiasa memberi platform untuk menyatakan pendiriannya.

"Saya faham perasaan Liow. Dia mungkin marah kerana beberapa keputusan yang dibuat tidak disukainya.

"Orang cakap ada pemimpin yang menunjukkan kualiti mereka ketika krisis.

"Ada yang tersenyum dan ada juga yang menjadi garang, walaupun sebelum ini mereka tidak pernah berkelakuan sedemikian," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden di Wisma MCA pada Selasa.

Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan jawatan presiden yang disandangnya, Dr Chua berkata: "Saya tidak pernah kata saya akan bertanding semula. Ia timbul disebabkan ketakutan dan spekulasi(saya akan bertanding) dan ia kenyataan yang tidak berasas sama sekali," katanya.

Pada Isnin, Liow dan 13 anggota lain jawatankuasa pusat (CC) MCA meminta diadakan EGM dalam masa tujuh hari, dengan menyatakan bahawa pembatalan penggantungan Tee oleh CC bertentangan dengan resolusi parti dibuat pada 2011 dan 2012.

Menurut perlembagaan parti, EGM boleh diadakan dalam tempoh 21 hari selepas pengeluaran notis kepada perwakilan pusat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain