suria

Nelayan Maut Motosikal Ditunggangi Terbabas

BESUT: Seorang nelayan dari Setiu maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas di satu selekoh di Kampung Raja di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata mangsa dikenali sebagai Azmi Rani, 54 dari Kampung Saujana, Setiu meninggal dunia di tempat kejadian pada pukul 2 petang akibat kecederaan teruk di bahagian kepala dan badan.

Kejadian itu berlaku semasa Azmi dalam perjalanan untuk membeli peralatan bot nelayannya.

Mayat mangsa ke Hospital Daerah Besut untuk dibedah siasat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain