suria

Kastam Temui Dadah Bernilai RM1.5 Juta Dalam Sampan

GEORGE TOWN: Jabatan Kastam Pulau Pinang berjaya memintas sebuah sampan dan menemui dadah dipercayai jenis Methamphetamine (syabu) bernilai RM1.48 juta di Teluk Kumbar di sini.

Pengarah Kastam negeri Datuk Zulkifli Yahya berkata berat dadah adalah 7,401 kg dan ditemui dalam bentuk tujuh paket dibalut ketat.

Beliau berkata unit marin bertindak berdasarkan maklumat dan sedang melakukan rondaan apabila anggotanya melihat sampan terbabit.

"Sampan itu cuba mempercepatkan kelajuannya apabila anggota kami mengarahkan mereka supaya berhenti untuk pemeriksaan," katanya dalam satu sidang akhbar, Selasa.

Beliau berkata sampan berkenaan kemudian menuju ke pantai dan ketiga-tiga suspek di dalam sampan meninggalkan sampan yang dinaiki dan berjaya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

"Kami menemui dadah dalam beg plastik hitam dan masih menyiasat sumber dadah dan ke mana ia dibawa," katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain