suria

Anggota Kumpulan 04 Antara Yang Ditahan di Bukit Mertajam

BUKIT MERTAJAM: Tiga anggota Kumpulan 04 antara enam orang yang ditahan di sebuah rumah di Machang Bubuk di sini awal pagi Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri SAC Mazlan Kesah berkata kesemua mereka yang berusia antara 18 hingga 29 tahun termasuk seorang wanita ditahan kira-kira 5.40 pagi.

"Bertindak hasil risikan dan maklumat awam, sepasukan pegawai dan anggota JSJ Kontijen Pulau Pinang dan Daerah Seberang Perai Tengah menyerbu rumah berkenaan dan menahan enam orang itu. "Hasil siasatan mendapati tiga daripada mereka merupakan anggota kongsi gelap Kumpulan 04," katanya kepada Bernama. Beliau berkata polis turut menemui selaras senapang palsu.

Mazlan berkata pihak polis tidak menolak kemungkinan kesemua mereka terbabit dengan aktiviti jenayah.

Beberapa lagi anggota kumpulan berkenaan sedang dikesan, katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain