Tanding Jawatan MT: Hishammuddin Jawab Nur Jazlan

Nur Jazlan Mohamed
Nur Jazlan Mohamed
Nur Jazlan Mohamed

PETALING JAYA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata setiap calon yang menawarkan diri untuk bertanding pada pemilihan parti tahun ini tidak wajar melemparkan tuduhan yang tidak betul semata-mata untuk meraih sokongan.

"Macam-macam cara orang lakukan bila hendak bertanding. Apa yang penting orang boleh menilai sendiri apa jua jaminan atau janji yang kita beri secara realistik sama ada ia boleh ditunaikan atau tidak.

"Hendak menawarkan diri dalam Majlis Tertinggi dengan melemparkan tuduhan yang tidak wajar bukan satu langkah yang bijak," katanya kepada pemberita selepas melancarkan motosikal model terbaru Yamaha Lagenda 115Z di sini, Isnin.

Beliau berkata jika benar rakyat sudah bosan dengan Umno tidak mungkin parti itu boleh memenangi kerusi yang lebih banyak pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu.

"Kalau betul lah orang sudah muak dengan Umno, tak mungkin, Umno boleh menang banyak kerusi dalam pilihan raya baru ini. Tak mungkin kita dapat kekalkan pentadbiran negara dengan menambah dua lagi negeri.

"Jika betul apa yang kita lihat dalam PRU-13 tidak menggambarkan apa yang dikatakan oleh beliau, kita pasti dapat keputusan yang sebaliknya," kata Hishammuddin lagi.

Sebelum ini ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar) mengumumkan akan bertanding merebut jawatan Majlis Tertinggi Umno.

Beliau dilaporkan menawarkan diri pada pemilihan kali ini dengan alasan masyarakat sudah muak dengan apa yang berlaku dalam Umno.

Kata Nur Jazlan, hasratnya kali ini untuk bertanding adalah bagi meneruskan perjuangan Umno dan usaha untuk meremajakan parti.

Pada pemilihan Umno 2008, Nur Jazlan pernah melahirkan hasrat untuk bertanding jawatan timbalan presiden namun menarik diri pada saat akhir ekoran kurang pencalonan dari negerinya sendiri iaitu Johor yang pada ketika itu sebulat suara mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain