suria

Polis Rampas Pelbagai Jenis Dadah Bernilai RM50 Juta Dalam Bungkusan Teh Cina

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Noor Rashid Ibrahim (kiri) menunjukan dadah jenis Ekstasi yang dirampas ketika mengadakan sidang media mengenai kejayaan pihak polis menumpaskan sindiket dadah di Kuala Lumpur, Selasa. Dalam dua serbuan di Cheras dan Bandar Sungai Long pihak Polis merampas dadah jenis Ekstasi seberat 26.85 kg, 40.7 kg Heroin, dan 209.96 kg Syabu. Dalam serbuan ini juga, lima orang berjaya ditahan, empat lelaki dan seorang wanita. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM50 juta. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM50 juta dalam serbuan dadah terbesar dalam sejarah selepas menumpaskan sindiket dadah antarabangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata polis merampas sebanyak 209.96kg dadah jenis syabu, 40.47kg Heroin dan 26.85 pil Ecstasy yang disembunyikan dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM50 juta dalam dua serbuan pada Isnin.

Beliau berkata polis turut menahan lima suspek termasuk seorang wanita berusia antara 26 dan 57 tahun.

"Kami percaya dadah itu diseludup dari Myanmar tetapi kami masih menyiasat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini Selasa.

Artikel Berikut

Artikel Lain