suria

KDN Wartakan 10 Lagi Pusat TahananTampung Pesalah - Zahid Hamidi

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

SEPANG: Kementerian Dalam Negeri mewartakan lebih 10 kawasan untuk dijadikan pusat tahanan tambahan bagi menempatkan tahanan dan pesalah yang ditahan melalui Ops Cantas dan Ops 6P.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pusat tahanan tambahan itu terletak di seluruh negara.

Menurut beliau, dengan adanya pusat tahanan tambahan itu, tiada lagi timbul isu kesesakan di dalam pusat tahanan.

"Pusat tahanan tambahan itu sudah mencukupi untuk menampung tahanan tersebut," katanya pada sidang media selepas menghadiri taklimat agama bersama Jabatan Penjara serta Bahagian Agama dan Kaunseling Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, Isnin.

Lebih 5,000 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam Ops 6P yang dilancarkan pada 1 September lalu manakala 2,000 ahli kongsi gelap ditahan dalam Ops Cantas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain