GLC Diingat Tidak Terlalu Dengar Kata-Kata Konsultan - PAC - Semasa | mStar

GLC Diingat Tidak Terlalu Dengar Kata-Kata Konsultan - PAC

PUTRAJAYA: Denda sebanyak RM10 juta yang dikenakan ke atas Malaysia Airlines (MAS) kerana melanggar Akta Persaingan harus dijadikan sebagai peringatan kepada semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terutama Khazanah Nasional supaya tidak terlalu mendengar kata-kata konsultan yang dilantik.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata GLC tidak seharusnya terlalu mendengar nasihat dari konsultan kerana mereka lebih mengutamakan keuntungan sehingga tidak mengendahkan undang-undang negara.

"Urus tadbir yang baik harus diamalkan oleh GLC terutamanya Khazanah kerana ia membabitkan wang rakyat dan saya ingin menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku terhadap MAS yang didenda kerana melanggar akta anti monopoli," kata beliau.

"Sepatutnya, perkara ini tidak terjadi dan pengurusan Khazanah tidak boleh lepas tangan dalam hal ini dengan menyatakan tidak tahu menahu mengenai akta anti monopoli berkenaan," kata beliau pada sidang media selepas lawatan kerja pertama ke Jabatan Audit Negara, Isnin.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga selaku Pengerusi Khazanah tidak boleh dipersalahkan kerana saya percaya beliau tidak diberi nasihat yang betul dalam hal ini," kata beliau.

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mendenda masing-masing sebanyak RM10 juta terhadap MAS dan AirAsia Bhd di bawah Akta Persaingan 2010 selepas mendapati perjanjian yang dimeterai kedua-dua syarikat penerbangan itu pada 9 Ogos 2011 mempunyai matlamat berkongsi pasaran penerbangan domestik yang melanggar akta berkenaan.

Nur Jazlan berkata PAC akan memberikan tumpuan dan meneliti semua pelaburan yang dilakukan Khazanah sama ada yang mendatangkan keuntungan atau kerugian kepada kerajaan dengan mahu syarikat berkenaan melaporkan segala pelaburan yang dilakukan sama ada untung atau rugi.

Beliau berkata PAC juga akan memberi tumpuan kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang menjadi sasaran pembangkang dengan meneliti semua portfolio pelaburan bagi mengikis tanggapan negatif terhadap projek ini.

"Ini kerana terlalu banyak fakta dan maklumat mengenai 1MDB ini, di mana ia diputar belit pembangkang hingga menimbulkan pelbagai persepsi negatif terhadap kerajaan," katanya.

Menurut beliau jawantankuasa itu juga memastikan pinjaman yang diuruskan 1MDB melalui jaminan kerajaan ini digunakan sebaik-baiknya kerana ia membabitkan perbelanjaan kepada kerajaan.

Selain itu, beliau turut meminta Kementerian Pelajaran supaya memberi penjelasan mengenai projek BestariNet yang diberikan kepada sebuah syarikat swasta.

"Terdapat rungutan dan aduan berhubung rasionalnya projek BestraiNet ini kerana diberikan kepada syarikat yang tidak mempunyai infrastruktur komunikasi yang lengkap," kata Nur Jazlan.

Menurut beliau, projek itu seharusnya diberikan kepada Telekom Malaysia Bhd yang sudah mempunyai infrastruktur yang lengkap bagi membangunkan BestariNet melalui inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan dan sudah melaksanakan pembangunan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain