Polis Tahan 10 Anggota Kongsi Gelap Di Padang Besar - Semasa | mStar

Polis Tahan 10 Anggota Kongsi Gelap Di Padang Besar

KANGAR: Polis menahan 10 lelaki tempatan yang disyaki anggota kongsi gelap dalam operasi di Kompleks Bersepadu Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar pada Sabtu malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perlis Supt Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata mereka yang berumur antara 26 dan 32 tahun itu ditahan pukul 8 malam ketika memasuki negara ini dari Thailand.

Mereka yang berkonvoi menaiki tiga buah kenderaan ditahan oleh pasukan Ops Cantas Khas Bukit Aman dan JSJ Perlis, katanya pada sidang media, di sini, Ahad.

Menurutnya semakan polis mendapati tujuh daripada mereka memiliki pelbagai rekod jenayah manakala ujian air kencing pula menunjukkan ada di antara 10 suspek terbabit positif dadah.

Kesemua mereka beralamat di Selangor dan berdasarkan tatu pada badan masing-masing lapan ialah anggota Geng 08 dan masing-masing seorang anggota Geng 04 dan Geng Satu Hati, katanya.

Menurutnya pemeriksaan ke atas kenderaan yang dinaiki oleh suspek bagaimanapun tidak menemukan sebarang senjata berbahaya.

Suspek kini ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut, kata Tengku Mohd Zailan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain