suria

Ibu, Anak Ditahan Miliki 993 Pil Dadah

GUA MUSANG: Seorang ibu dan anak lelakinya yang berumur 15 tahun ditahan di sebuah rumah di Rancangan Pembangunan Tanah Kampung Sungai Terah di sini Ahad.

Turut ditemui dalam serbuan kira-kira 7.19 pagi itu ialah 993 pil bertanda 'WY' dalam lima paket plastik.

Polis percaya wanita berkenaan yang merupakan seorang surirumah berumur 39 tahun dan anaknya mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran 'Lani Botak', kata Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah.

Sindiket berkenaan giat mengedar dadah di kawasan rancangan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain