suria

Sudah Sampai Masa Pakatan Kemuka Kabinet Bayangan - Nasrudin

Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan

PETALING JAYA: Satu persoalan yang sering dielak oleh kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat untuk dijawab: Bilakah kabinet bayangan akan dibentuk?

Bagi Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan, adalah menjadi impiannya untuk melihat pakatan pembangkang mengemukakan kabinet bayangan untuk membuktikan kepada rakyat bahawa mereka adalah bakal kerajaan.

"Ia berada dalam fikiran saya dan saya benar-benar mahu Pakatan Rakyat dapat menawan hati rakyat dengan menjadi pembangkang yang kuat dan bakal sebuah kerajaan yang sudah bersedia," katanya kepada Star Online baru-baru ini.

Ahli Parlimen yang baru dipilih di Temerloh ini berkata beliau tidak mahu pembangkang semata-mata menentang atau mengkritik setiap langkah kerajaan atau memainkan peranan secara retorik sahaja.

"Penting untuk mempunyai kabinet bayangan kerana apabila tiba-tiba datang harinya Pakatan mengambil alih (kerajaan Persekutuan), kita sudah bersedia," katanya.

Apabila ditanya apa yang menghalang idea tersebut daripada dilaksanakan, ahli politik berusia 43 tahun itu berkata terdapat banyak faktor.

"Sebagai contoh di Parlimen, kebanyakan usul yang dicadangkan oleh pembangkang hanya setakat di atas kertas. Ini menunjukkan bahawa pihak pembangkang bukan merupakan sebahagian daripada kerajaan dalam membangunkan negara," kata Nasrudin.

Walaupun impian membentuk kabinet bayangan seolah-olah dibuat-buat, beliau berkata PAS telah membentuk kerajaan yang bakal memerintahnya sendiri.

"Saya telah dilantik sebagai Menteri Pendidikan bayangan, Timbalan Ketua Pemuda PAS dan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz dibayangkan dalam Kementerian Belia dan Sukan dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli akan memegang portfolio Menteri Kewangan.

"Ia adalah satu langkah yang kecil, dan saya telah menerima maklumat bahawa PKR dan DAP juga telah membentuk kabinet bayangan mereka sendiri," katanya.

Dalam temu bual selama satu jam, Nasrudin juga bercakap tentang kehidupan barunya sebagai wakil rakyat, masa depan Pakatan Rakyat, pilihan raya PAS yang akan datang dan imej konservatif beliau.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain